Sijil Sistem Komputer Dan Rangkaian

LATAR BELAKANG PROGRAM

 

Pengenalan

Program ini ditawarkan bagi memenuhi kehendak industri kerana perkembangan ekonomi dan permintaan tenaga kerja yang berkemahiran.  Pelajar akan berpeluang mempelajari teknologi terkini dalam komputer dan rangkaian secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka mendapat pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut.

 

Sinopsis

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada teknologi komputer dan rangkaian. Pelajar akan memperoleh pengalaman untuk menyediakan dan menyelenggara sistem komputer dan rangkaian. Pelajar juga berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan komputer dan rangkaian.

 

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran didalam bidang sistem komputer dan rangkaian komputer yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang industri ICT. Pengetahuan dan kemahiran didalam bidang Sistem Komputer, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

1. Juruteknik Rangkaian.
2. Pembantu Juruteknik Rangkaian.
3. Juruteknik Komputer.
4. Pembantu Juruteknik Komputer.
5. Pembantu Pentadbir Rangkaian.

 

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara MALAYSIA;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara;
    • Lulus Matapelajaran Bahasa Melayu;
    • Lulus Matapelajaran Sejarah;
    • Lulus Matapelajaran Matematik;
      • *** Pelajar SPM tahun 2012 dan ke bawah hanya perlu lulus matapelajaran Bahasa Melayu sahaja***
      • *** Pelajar SPM tahun 2013 dan ke atas hanya perlu lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah***


Tempoh Pengajian Ke Kolej Komuniti

  • 16 bulan / 4 semester;
  • Tempoh pengajian minimum 16 bulan.

HUBUNGI KAMI

Demo Image

  • icon phone: +60 84 659 101
  • icon fax : +60 84 659 102
  • icon email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  •        icon office   
    Kolej Komuniti Sarikei, Kementerian Pendidikan Tinggi,
    No. 7 & 8 Lot 249 Blok 36,Jalan Sentral 96100 Sarikei Sarawak
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2