• juara2016 o
  • anytime anywhere kk n
  • psh
  • tvkolej
  • Menjadi Juara Di Kolej Komuniti
  • ANYTIME ANYWHERE @KK
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kolej Komuniti Sarikei

Kolej Komuniti mula ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2000 dan dilaksanakan di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti juga merupakan salah satu institusi pendidikan awam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep penubuhannya adalah bagi menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat umur dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Penubuhan kolej komuniti di Sarikei adalah satu daripada rancangan dalam Program Tinjauan Mesra (workabout) YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin di Negeri Sarawak bagi tahun 2013.

Di awal penubuhannya, Kolej Komuniti Sarikei beroperasi sementara di Kolej Komuniti Kuching sebelum memulakan pengoperasian dan pembukaan pejabat di bandar Sarikei. Pada 1 Oktober 2013, Kolej Komuniti Sarikei mula diwujudkan dan secara rasminya beroperasi secara tetap di Blok 249 Lot 36, Jalan Sentral, Sarikei. Justeru itu, Kolej komuniti Sarikei adalah kolej komuniti ke-6 yang ditubuhkan di Negeri Sarawak.

Kolej komuniti Sarikei menawarkan kursus sepenuh masa di peringkat sijil seperti Sijil Kulinari (20 bulan) dan Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (16 bulan). Selain itu, kursus pembelajaran sepanjang hayat ataupun kursus kemahiran jangka pendek kepada komuniti setempat juga ditawarkan.

Kolej Komuniti Sarikei mula menerima kemasukan pelajar seramai 31 orang pada November 2014 dalam pengajian Sijil Kulinari.

HUBUNGI KAMI

Demo Image

  • icon phone: +60 84 659 101
  • icon fax : +60 84 659 102
  • icon email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  •        icon office   
    Kolej Komuniti Sarikei, Kementerian Pendidikan Tinggi,
    No. 7 & 8 Lot 249 Blok 36,Jalan Sentral 96100 Sarikei Sarawak
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2